Terdapat banyak jenis ikan tilapia yang wujud dimuka bumi dan diseluruh dunia. Namun yang popular ada lima jenis yang dikenali. Korang hanya tahu namanya tilapia kan. Tapi tahukah korang nama sebenar ikan tilapia ini?
Aku selitkan di ruangan ini 5 jenis ikan tilapia yang dikenali. Jenis ikan tilapia ini juga biasa diternak. Nama ikan tilapia ini aku selitkan nama saintifik, singkatan dan ciri-cirinya.
1)Ikan Tilapia GIFT
Ikan ini hasil percampuran baka Tilapia dari 7 buah negara: Kenya, Senegal, Ghana, Singapura, Thailand, Mesir dan Taiwan. Dan kini terdapat di negara kita dan popular. Korang pernah makan ke tak ikan tilapia ni atau pun bedal sahaja?
Tilapia GIFT ini mempunyai ciri-ciri seperti, tahan lasak terhadap apa-apa penyakit dan hidup tahan lebih lama. Tempoh pembiakannya produktif sehingga 1.5 ke 2 tahun.
Tempoh ikan tilapia ini bertelur dalam masa tiga hingga enam minggu. Ini paling cepat di antara yang lain membiak. Seekor ikan tilapia GIFT yang beratnya 600gram boleh menghasilkan 2000 hingga 3000 telur anak ikan tilapia.
Pembesarannya cepat, dalam masa 5 hingga 6 bulan sahaja sudah mencecah berat sebanyak 600g. Itulah kelebihan jenis ikan tilapia GIFT.
Ciri-ciri fizikal tilapia GIFT:
Ekor badannya yang sangat bulat dan berisi jika dilihat dari pandangan sisi. Kemudian, sirip renangnya dari sisi badan ikan itu kelihatan berwarna kelabu dan hujung ekor ikan tilapia GIFT ini berwarna merah sedikit pudar.Jika dibandingkan dengan baka yang lain, ia ada garisan lurus di tengah badannya. Itu perbezaan jenis ikan tilapia GIFT.
2)Ikan Tilapia BEST
Ikan ini hasil percampuran dari baka Tilapia daripada 4 jenis Tilapia: Tilapia tempatan Bogor Indonesia, Tilapia tasik Indonesia, Tilapia GIFT generasi ketiga, dan BEST generasi keempat. Banyaknya percampuran ye.
Ciri-ciri fizikal tilapia BEST ini pula ialah, peratusan hidup ikan tilapia BEST ini hanya 90% peratusan anak-anak ikan ini untuk hidup sehingga dewasa dan ketahanan ikan tersebut terhadap penyakit amat kurang jika dibandingkan dengan ikan tilapia tempatan yang hidup dengan 140% banyaknya.
Sekali pengawanan ikan tilapia BEST ini pada berat 600gram ialah 6000 hingga 15000 butir telur ikan tilapia. Walaupun ketahanan jangka hayatnya kurang, namun hasil butir telur ikan jenis BEST ini lebih banyak dan cepat membuahkan hasil.
Ikan tilapia ini mencapai berat 600gram pada umur 4 hingga 5 bulan. Ikan tilapia jenis ini cepat membesar dan membiak.
Ciri-ciri fizikal Tilapia BEST
Ciri badan jenis ikan tilapia BEST ini agak panjang dan tegap jika dilihat daripada sisi tepi. Dan sirip renangnya disisi badan berwarna kelabu dan sedikit kehitaman. Hujung ekornya pula sedikit berwarna coklat atau kelabu pudar.
Jenis ikan tilapia BEST mempunyai garisan menegak pada badan yang kurang ketara. Nampak ketara dan warnanya yang tua.Kalau korang tarik siripnya ke atas, yang dibelakangnya tidak turut sama menegang. Menarik bukan. Ia juga mempunyai warna kelabu kehijauan di kelilingan badannya.
3)Ikan Tilapia Chitralada
Seterusnya adalah Ikan Talipia Chitralada. Ikan diraja ini ialah daripada keturunan Talipia yang dihadiahkan oleh Raja Jepun kepada Raja Bhumibol Thailand pada tahun 1965. Ikan diraja ini dipelihara dan dijaga didalam perkarangan istana Chitralada, oleh kerana itu nama Tilapia Chitralada tercipta dan sehingga kini menjadi terkenal dan popular.
Ikan tilapia diraja ini jenis ikan tilapia yang mempunyai hujung ekor bewarna merah dan kemerahan. Ikan ini tidak dikacuk atau dicipta benihnya. Ia asal dari tilapia yang asli dari sungai negara Jepun.
Ciri-ciri ikan Talipia Chitralada
Ciri-ciri ikan Talipia Chitralada pula ialah, ia boleh tahan lasak dalam kepadatan suatu kolam. Meskipun kolam padat dan penuh, hayat ikan diraja ini bertahan lama walaupun padat di dalam kolam namun ia tidak digalakkan didalam prosedur menternak ikan tilapia.
Ini kerana, walaupun hayat ia tahan lama dan tahan lasak, ia akan tetap mati kerana kepadatan kolam melebihi ruang. Ia boleh membesar kepada saiz 250gram dalam masa tiga hingga empat bulan tetapi pembesarannya akan memperlahan dan mulai bantut mencapai 500gram pada usia enam bulan atau lebih enam bulan.
Peratusan untuk hidup benih ikan diraja jenis ini lebih tinggi daripada peratusan ikan tilapia lain. Ikan diraja ini kurang mendapat sambutan kerana isinya kurang manis dan kering.
4)Ikan Tilapia NIFI
Tilapia merah ini yang dihasilkan oleh Jabatan Perikanan Thailand. Tilapia NIFI juga dikenali sebagai Tilapia Merah Thailand.
Ciri-ciri pembiakan Tilapia NIFI;
Peratus nisbah tilapia perbiakan dan benih telur tilapia NIFI lebih cenderung kepada jantina jantan. Keturunan kecenderungan benih jantan melebihi pembiakan yang lebih tinggi dari tilapia lain. Disebabkan warna merahnya menarik, ia mudah dijual dan senang menarik perhatian.
Ciri-ciri fizikal Tilapia NIFI
Pandangan dari sisi tepi, jenis ikan tilapia NIFI ini akan nampak panjang dan tegap. Sirip renangnya pada pandangan sisi di badan berwarna merah jingga. Dihujung ekor berwarna merah menyala. Ada juga yang mempunyai sedikit tompokan hitam pada bahagian kepala dan badan.
Tilapia NIFI ini berwarna merah pudar apabila sudah mencapai tahap matang atau tua. Sirip renang yang lebih panjang dari tilapia lain.
5) Tilapia Merah Taiwan
Jenis ikan tilapia merah taiwan ini tidak dikacuk, ia memang asal lahir dari keturunan atau benih yang asal. Ia dari taiwan dan dieksport ke seluruh negara asia.
Ciri-ciri pembiakan Tilapia Merah Taiwan;
Dalam masa 6bulan, ikan merah taiwan ini boleh membesar sehingga 700gram. Dalam masa 5 hingga 6 minggu ia bertelur anggaran 2000 hingga 4000 butir benih telur ikan tilapia merah taiwan. Ia menetas dalam tempoh 1 hingga 3 bulan.
Ciri-ciri fizikal tilapia Merah Taiwan
Badannya agak panjang dan sedikit leper kehadapan. Sirip disisi badannya berwarna merah jingga keorenan. Dihujung ekornya berwarna merah jingga. Ikan tilapia jenis merah taiwan ini tidak mempunyai tompokan hitam pada bahagian kepala dan badan. Itulah kelainan dan perkara yang membezakan ia dengan jenis ikan tilapia yang lain.
Tetapi ada juga ikan tilapia merah taiwan yang mempunyai tompokan berwarna putih,hanya yang pakar sahaja atau yang mata tajam dapat membezakannya.Tilapia Merah Taiwan ini berwarna merahcerah diselang-selikan dengan warna jingga dan kuning. Itu keunikan tilapia jenis ini.
5 jenis ikan tilapia ini diminati oleh peminat ikan tilapia dan ia ada tarikan tersendiri dan tarikan juga rasa yang berbeza. Setiap ikan mempunyai keistimewaan masing-masing. Antara 5 jenis ikan tilapia ini, semua mempunyai permintaan yang tinggi di negara masing-masing dan di mendapat sambutan yang baik.
Rujukan Lanjut
Masih mahukan info dan maklumat berkaitan ikan tilapia ini? Korang boleh buat bacaan lanjut di bawah..
Baca panduan ternakan ikan tilapia dalam kolam ni. Segala yg korang perlu tahu sebelum memulakan penternakan ikan tilapia di dalam kolam.
Berapakah saiz kolam ikan tilapia yang betul? Dan berapa banyak pula benih ikan yang sesuai diternak di dalam setiap kolam ikan tilapia?
Ingin memulakan bisnes ikan tilapia? Apakah cabaran yg perlu dihadapi? Dan apa pula risiko yang perlu ditanggung? Jom ketahuinya..