MUET Reading Tips
Komponen Reading dalam MUET selalu dianggap “senang” sebab semua soalan objektif. Tapi jangan silap ya! Cabaran sebenar adalah nak faham teks panjang, cari maklumat tersembunyi, dan jawab 40 soalan dalam masa 75 minit. Kali ini, korang akan belajar MUET reading tips yang merangkumi strategi praktikal, teknik membaca yang berkesan, dan cara terbaik untuk bantu skor tinggi dalam MUET Reading. Kenali Format MUET Reading Sebelum mula hafal strategi, penting untuk korang faham dulu struktur ujian ni. Sejak 2021, MUET Reading guna format baru ikut standard CEFR. Bahagian Jenis Teks Bil. Soalan Part 1 3 teks pendek