MUET Reading Tips

Komponen Reading dalam MUET selalu dianggap “senang” sebab semua soalan objektif. Tapi jangan silap ya! Cabaran sebenar adalah nak faham teks panjang, cari maklumat tersembunyi, dan jawab 40 soalan dalam masa 75 minit. Kali ini, korang akan belajar MUET reading tips yang merangkumi strategi praktikal, teknik membaca yang berkesan, dan cara terbaik untuk bantu skor tinggi dalam MUET Reading.

MUET Reading Tips

Kenali Format MUET Reading

Sebelum mula hafal strategi, penting untuk korang faham dulu struktur ujian ni. Sejak 2021, MUET Reading guna format baru ikut standard CEFR.

BahagianJenis TeksBil. Soalan
Part 13 teks pendek bertema sama4
Part 2–32 teks sederhana (300–450 patah perkataan)5 + 5
Part 42 teks panjang bertema sama6
Part 51 teks dengan ayat kosong (gap fill)6
Part 6–72 teks panjang (700–900 patah perkataan)7 + 7

Jumlah: 40 soalan, masa: 75 minit, markah penuh: 90

Strategi Umum Untuk Semua Bahagian

  1. Baca Soalan Dulu, Baru Teks
    Korang akan lebih mudah tahu apa nak cari bila dengar soalan dulu.
  2. Gunakan Teknik Skimming & Scanning
    1. Skimming untuk cari idea utama
    1. Scanning untuk cari fakta spesifik
  3. Tandakan Keyword Dalam Teks
    Gariskan fakta penting macam nama, tarikh, atau istilah teknikal.
  4. Jangan Tersangkut Pada Satu Soalan
    Kalau ragu, teka jawapan terbaik dan teruskan. Jangan buang masa lama.
  5. Kenali Jenis Soalan
    Ada yang tanya fakta, ada inferens (maksud tersembunyi), ada pendapat penulis.

MUET Reading Tips Ikut Bahagian

Part 1 – Teks Pendek

  • Baca cepat, fokus pada beza antara teks
  • Soalan jenis padankan maklumat, jadi kena teliti
  • Teknik: Scanning

Part 2 & 3 – Teks Sederhana

  • Fokus pada isi utama tiap perenggan
  • Kadang-kadang ada soalan inferens
  • Teknik: Skimming dulu, baca semula bila perlu

Part 4 – Bandingkan Teks

  • Baca kedua-dua teks secara ringkas
  • Bandingkan pandangan atau fakta
  • Teknik: Buat nota ringkas beza antara dua teks

Part 5 – Gap Fill

  • Faham struktur teks dan logik ayat
  • Cari petunjuk macam however, in contrast, as a result
  • Teknik: Baca ayat sebelum dan selepas ruang kosong

Part 6 & 7 – Teks Panjang

  • Gunakan skimming untuk cari isi utama
  • Jangan panik, baca dengan fokus
  • Tandakan ayat penting semasa baca

Amalan Harian Yang Efektif

  1. Baca Artikel Berkualiti Setiap Hari
    Contoh: berita, blog akademik, majalah English
    Sumber: The Star, BBC, National Geographic
  2. Tambah Vocab Baru
    Simpan senarai perkataan power dan ulang kaji mingguan
    Guna aplikasi macam Quizlet
  3. Latih Soalan Sebenar MUET
    Gunakan kertas tahun lepas, jawab ikut masa sebenar
  4. Tulis Ringkasan Sendiri
    Lepas baca artikel, cuba tulis balik isi penting dalam 3–5 ayat. Boleh bantu korang kuatkan pemahaman.

Elak Perangkap Soalan

  • Jangan guna pengetahuan luar – Jawapan mesti ikut teks semata-mata
  • Hati-hati pilihan jawapan mirip – Baca betul-betul
  • Perhatikan soalan negatif – Contoh: Which is NOT true?

Baca Dengan Smart, Bukan Sekadar Pantas

MUET Reading bukan tentang siapa paling laju baca, tapi siapa paling bijak memahami. Dengan teknik yang betul, latihan konsisten, dan bahan yang betul, korang pasti boleh capai band impian.

Sumber Latihan & Rujukan

Korang boleh dapatkan eBook atau modul khas di bawah yang menyediakan nota dan latihan mengikut format MUET terkini.

Buku Panduan MUET

Penutup

Selain itu, korang juga boleh baca pengalaman kawan-kawan korang yg dah lalui paper Speaking di post Pengalaman MUET Speaking ni.

Bagi yg masih lagi blurr dan masih lagi tak tahu format peperiksaan MUET, korang kena baca format dan contoh soalan MUET Speaking 2025 ni.

Komponen MUET Listening Test memainkan peranan besar. Ujian ini direka bukan sekadar untuk menguji pendengaran, tetapi untuk menilai keupayaan calon menafsir maklumat.

Kalau ada satu soalan yang selalu buat calon MUET garu kepala sambil scroll TikTok dalam hati, mesti soalan ni: “LULUS MUET BAND BERAPA?”. Nak tahu jawapannya?

Leave a Comment

error: Content is protected !!