Kemahiran mendengar bukan sekadar “dengar dan faham”. Dalam dunia akademik dan kerjaya yang semakin kompetitif, keupayaan untuk menangkap maklumat dengan teliti melalui audio telah menjadi satu kemahiran penting. Dan di sinilah komponen MUET Listening Test memainkan peranan besar. Ujian ini direka bukan sekadar untuk menguji pendengaran, tetapi untuk menilai keupayaan calon menafsir maklumat, mengenal pasti makna tersirat, dan membuat inferens berdasarkan konteks sebenar.
Isi Kandungan

MUET Listening bukan sahaja menguji kecekapan bahasa, tetapi juga keupayaan kognitif seseorang untuk memproses pelbagai jenis maklumat dalam masa yang terhad. Sama ada dalam bentuk ceramah, perbualan santai atau dialog kompleks.
Setiap rakaman mengandungi maklumat penting yang perlu diteliti. Keupayaan untuk fokus, mengenal pasti kata kunci, dan membuat catatan pantas boleh membezakan antara skor sederhana dan skor cemerlang.
Oleh itu, memahami struktur, jenis soalan, serta strategi menjawab dengan betul amat penting bagi sesiapa yang ingin mencapai Band tinggi.
Dalam artikel ini, kita akan menelusuri secara mendalam apa yang menjadikan MUET Listening begitu mencabar. Dan bagaimana korang boleh menghadapinya dengan yakin dan berkesan.
Objektif Ujian Listening MUET
Komponen Listening dalam MUET bertujuan untuk menguji keupayaan calon memahami wacana lisan dalam konteks akademik. Ini termasuk:
- Monolog (seperti ceramah atau pengumuman)
- Dialog (perbualan antara dua atau lebih individu)
Calon perlu mendengar rakaman dan menjawab soalan berdasarkan maklumat yang disampaikan. Ia bukan sekadar mendengar, tetapi juga memahami, menilai, dan membuat inferens.
Format Listening MUET 2025
Berdasarkan panduan rasmi dan contoh soalan, format Listening MUET terkini terdiri daripada 5 bahagian dengan jumlah masa 50 minit dan markah penuh 90 markah. Setiap bahagian mengandungi rakaman yang akan dimainkan dua kali sahaja.
Bahagian | Jenis Rakaman | Jenis Soalan |
---|---|---|
1 | Dialog pendek | Objektif (MCQ) |
2 | Monolog pendek | Objektif |
3 | Dialog panjang (2 orang) | Objektif |
4 | Monolog panjang (ceramah) | Objektif |
5 | Dialog kompleks (3+ orang) | Objektif + inferens |
Contoh Soalan MUET Listening
Ini sekadar sample. Supaya korang ada idea – lebih kurang bagaimana rupa soalan MUET listening test tu..
Jawapan MUET Listening S1 2025: Ada Ke?
Setakat ini, jawapan rasmi MUET Listening S1 2025 belum diterbitkan secara terbuka oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Namun, beberapa laman pendidikan telah berkongsi contoh soalan dan latihan yang menyerupai format sebenar.
Jika korang calon sesi ini dan ingin menyemak semula, korang boleh:
- Rujuk semula nota dan latihan yang digunakan semasa persediaan
- Bandingkan dengan rakaman audio (jika disediakan oleh guru atau pusat tuisyen)
- Gunakan sample questions dari laman rasmi atau portal pendidikan seperti Student Portal dan xCentral
Strategi Menjawab Listening MUET Dengan Efektif
- Baca soalan dahulu sebelum rakaman dimainkan
Gunakan masa yang diberi untuk membaca semua soalan dengan pantas. Ini bantu korang tahu apa yang perlu dicari dalam rakaman. - Fokus pada kata kunci (keywords)
Contohnya: tarikh, tempat, sebab, perasaan, atau keputusan. Kadang-kadang jawapan tidak disebut secara langsung, jadi korang perlu tangkap maksud tersirat. - Jangan terlalu bergantung pada rakaman kedua
Ramai calon hanya mula fokus pada pusingan kedua. Sebenarnya, korang perlu tangkap sebanyak mungkin maklumat dari pusingan pertama. - Elakkan terlalu cepat tukar jawapan
Percaya pada jawapan pertama korang, kecuali korang benar-benar yakin ia salah selepas mendengar kali kedua. - Latih telinga dengan pelbagai aksen
Rakaman MUET kadang-kadang menggunakan pelbagai loghat Bahasa Inggeris (British, American, Malaysian). Dengar podcast, berita, atau video YouTube untuk biasakan diri.
Listening Paling Susah!
Ramai calon mengakui bahawa Listening adalah komponen yang paling mencabar kerana:
- Tidak boleh ulang rakaman sesuka hati
- Perlu fokus tinggi dalam masa singkat
- Soalan kadang-kadang mengelirukan atau terlalu halus
Namun, dengan latihan konsisten dan strategi yang betul, ramai juga berjaya capai Band 4 ke atas hanya dengan memperbaiki komponen Listening.
Kesimpulan
MUET Listening bukan tentang jadi “perfect listener”, tapi tentang jadi pendengar strategik. Korang tak perlu faham setiap perkataan, cukup faham konteks dan tangkap maklumat penting.
Jika korang calon S1 2025, gunakan pengalaman ini untuk refleksi. Jika korang bakal calon sesi akan datang, gunakan artikel ini sebagai panduan awal. Dan kalau korang perlukan latihan tambahan, boleh gunakan sumber latihan di bawah.
Sumber Latihan & Rujukan
Korang boleh dapatkan eBook atau modul khas di bawah yang menyediakan latihan mengikut format terkini.
Penutup
Selain itu, korang juga boleh baca pengalaman kawan-kawan korang yg dah lalui paper Speaking di post Pengalaman MUET Speaking ni.
Bagi yg masih lagi blurr dan masih lagi tak tahu format peperiksaan MUET, korang kena baca format dan contoh soalan MUET Speaking 2025 ni.