Pengalaman MUET Speaking

Korang dah ready untuk ujian MUET Speaking? Dah tentu belum kan. Sebab belum ada pengalaman pengalaman MUET Speaking. Rasanya ramai di antara calon MUET yang akan tidur lewat beberapa hari ini. Sudah tentu ini untuk persiapan bagi menduduki ujian MUET Speaking Sesi 2 yg akan berlangsung pada 28 Mac 2021 ini.

Pengalaman MUET Speaking

Untuk makluman korang, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) akan mengadakan tiga sesi MUET untuk tahun ini. Sesi pertama berlangsung pada 17 – 25 Februari 2021. Sesi kedua pada 16 – 24 Jun 2021. Sesi ketiga pula pada 26 – 10 November 2021.

Korang terlibat dengan sesi yang mana?

Oleh sebab itu jugalah, ramai yang berasa seram sejuk dan seriau. Untuk meredakan sedikit tahap stress korang yg dah mula melambung tu, di sini dikongsikan beberapa pengalaman MUET Speaking yang telah dilalui oleh calon MUET sebelum-sebelum ini.

Sila ambil teladan dan pengajaran ya..

Pengalaman MUET Speaking Daripada Azrul Akhmal

Masa tu aku siap tidur dkt rumah housemate lama lgi sebab nak gerak awal pagi gi Gopeng. Bila sampai SMK Seri Teja jumpa ramai budak UiTM Tapah. Bila dah sampai sekolah tu kitaorg kena masuk dekat bilik kuaratin. Lepastu kitaorg diasingkan ikut group. Ikut angka giliran. Aku dapat group dengan Meah kot tk silap aku. 1 Group ada 4 org. Candidate A,B,C,D. Bila dah sampai giliran kitaorg. Barulah masuk dalam bilik satu lgi untuk memulakan speaking test. Point yg aku dpt tu serius lah susah.. HAHAHHA.. Amendelah Board Games bleh bagi reduce stress? Btw Aku ni Candidate D. So mcm aku belajar slma ni. Candidate ni better plan stratergy bgai mcm mna nk support each other. Hmm nnti korg belajar lah. HAHAHA.

Kredit: kerabatt.blogspot.com

Pengalaman MUET Speaking Daripada Farah Atiqah

Pada tarikh 11 September 2019, tepat jam 7.30 pagi di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka, Bukit Sebukor menjadi tempat kami menonjolkan speaking skill kami. Kemudian kami dimasukkan dalam bilik kuarantin sampai pukul 8. So, pengawas dia akan panggil nama sorang sorang untuk sign and tentukan anda candidate A,B,C atau D. A few minutes after that, pegawai peperiksaan dia datang explain the rules and keluarkan kertas soalan dari sampul dia like dalam 2-3 layer gitu nak tunjuk xde soalan bocor ah.

So, antara rules nya. Mula – mula dia dah bagi siap siap siapa candidate A,B,C & D so duduk tempat yang sepatutnya. Firstly, dia akan bagi 2 minit untuk BACA SOALAN. BACA JE TAU jangan tulis pape cakap ke apa leklu hadam soalannya. And then akan ada Q&A session di mana dia akan round sorang sorang kalau ada nak tanya soalan. So, kalau ada perkataan tak faham tu ha boleh la terus tanya sebab selepas daripada tu memang xleyh tanya pape dah. Pastu, diberi lagi masa 2 minit untuk prepare Task A which is individual task. Settle dua minit, start la dari candidate A sampai D. Sorang dapat 2 minit. Ha memang pakai 2 minit 2 minit semua lol. Settle semua, dia bagi lagi 2 minit untuk prepare task B and after that 10 minit masa diberi untuk group discussion tu. Jadi, berakhirlah Speaking Test anda yang mengambil masa secara total 30 minit.

Alright, so back to my story. Kitaorang kan konon nya daftar bersama mengharaplah agar dapat satu group. Malangnya tidak! Sorang terpisah iaitu aku lol. Tapi takpela sis redho yang penting jangan lah panic walaupun dalam hati berdebar la juga. Make sure breakfast settle and so on. Jadi, Saidatul dan Nadiatul pun pergi dahulu sebelum aku and bila diaorang habis diaorang kena pergi the opposite way supaya tak bertembung dengan yang belum jawab. Berbekalkan surah Alamnasyrah aku pun follow the flow. So, our topic is about punctuality and my point is to respect others time. Alhamdullilah boleh jawab ehek. Aku bersyukur sangat group aku takde yang overshadow sesiapa like smooth je gilir gilir. And untuk task B tu kalau boleh jangan lepaskan peluang tapi still bagi chances kat yang lain. Bagi aku ok la berjalan dengan lancar.

So, nak bagi tips pun aku xde la hebat mana pun make sure anda sentiasa bertenang dan lapangkan dada. Selain itu, practise! So xde la gelabah sangat when the actual test.

Kredit: farah-atiqah98.blogspot.com

Pengalaman MUET Speaking Daripada Wara Mokhtar

Exam speaking sangat best kalau dapat group yang saling bantu – membantu . Setiap daripada orang yang memahami English bukanlah bahasa utama seseorang tu. Aku dapat teammate yang sangat bagus, saling bantu membantu dalam mewujudkan suasana yang smooth sepanjang peperiksaan berlangsung. Jadi kalau nasib korang tak baik dapat lah groupmate yang pentingkan diri , aduh pening kepala wey !!!!!!!!!!!!.

Tajuk peperiksaan speaking aku ialah “What is the advantage if you have driving license” . Banyak juga yang aku taram . hahaha orang melayu kacukkan banjar nie payah bebenor nak speak London ! Masa untuk berfikir 5 minit dan masa untuk ulaskan segala point selama 10 minit. Pada mulanya aku rasa 10 minit tu lama bebenor , tapi bila idea mencurah-curah bagaikan curahnya air pancut 10 minit sangat-sangat kejap bagi aku . Tips 1 : korang kena over-over taw bagi pemeriksan tu nampak korang berguna dalam group tu. (Over-over tu bukan maksud aku, kau tak bagi peluang dengan yang lain , tapi kau bercakap selagi boleh) . Guna perkataan what do you think? , do you agree with me? , how about you? , yes , i agree with her/his point dan bla bla lagi korang boleh guna. Biar nampak kau punya point bersambung dan sama dengan orang lain.

Kredit: waramokhtar.blogspot.com

Pengalaman MUET Speaking Daripada Insyirah

First exam yang akan kita start dulu ialah speaking. Semua orang takut speaking macam aku sebab aku ni jarang nak speaking dengan orang. huhu Tapi sir aku cakap, tak payah takut sangat speaking ni sebab markah dia sikit je and just cakap kalau merapu pun takpa asalkan tak keluar tajuk. Dalam speaking ni akan ada 2 task, task A dengan task B. Apa beza dia?

Task A : Individual speaking test. Masa ni korang akan cakap semua point yang korang tulis atas A4 paper. Haa, lupa nak cakap, sebelum korang start speaking korang akan diberikan masa untuk baca dan fahami soalan pastu kalau ada apa2 yang tak faham boleh tanya dekat examiner tu. Korang jugak akan diberikan masa untuk tulis point atas paper sebelum mula. Selalunya Candidate A yang akan mula dulu. Pastu masa candidate lain tengah cakap tu korang jangan la tidur pulak. Tulis apa yang candidate lain cakap sebab benda tu berguna untuk task B nanti.

Task B : Group speaking test. Masa ni benda yang korang tulis tu tersangatlah berguna untuk membantu anda nak present nanti. Masa ni korang akan berbincang sesama candidate point mana yang paling bagus. Tapi masa akan diberikan jugak tau. Nak berbincang tu jangan sampai bergaduh pulak. Masa ni bukan nak soal point sapa yang bagus tapi examiner nak tengok kerjasama antara groupmate pilih point tu dan sebab apa point tu dipilih.

Kredit: meinestorie.blogspot.com

Penutup

So, itulah dia beberapa pengalaman MUET Speaking yang sempat kami kumpul. Sudah tentu ini bukan bertujuan untuk menakut-nakutkan korang. Jauh sekali!

Sekurang-kurangnya dengan perkongsian pengalaman MUET Speaking ini, korang akan lebih bersedia dan akan buat yang lebih baik lagi. InsyaAllah.

Bagi yang nekad untuk lulus MUET kali ini, korang kena prepare habis-habisan.

Untuk yang masih tak tahu apa benda nak prepare tu, korang leh usha dulu panduan MUET di bawah..

Panduan lulus MUET Speaking

Selain tu, korang kena baca tips dan panduan lulus MUET yang kami kongsikan di 5 Panduan Lulus MUET.

Masih tak tahu format peperiksaan MUET? Bahaya tu. Korang kena baca format dan contoh soalan MUET Speaking 2021 ni.

Leave a Comment

error: Content is protected !!