MUET on Demand (MoD) ialah versi fleksibel bagi MUET (Malaysian University English Test) yang ditawarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Kaedah pelaksanaan MUET ialah boleh diambil pada bila-bila masa (almost setiap bulan), tidak terhad kepada sesi tiga kali setahun seperti MUET biasa. Ia diiktiraf setaraf dengan MUET biasa dan boleh digunakan untuk kemasukan IPT/kerja dan sebagainya. Ia menilai empat kemahiran bahasa Inggeris: Mendengar (Listening), Bertutur (Speaking), Membaca (Reading) dan Menulis (Writing).
Isi Kandungan

Dalam artikel ini, kita akan mengupas format terkini, contoh soalan MUET on Demand (MoD), serta tips menjawab yang betul.
Apa Itu MUET on Demand (MoD)?
MUET on Demand (MoD) ialah versi MUET yang dijalankan secara lebih kerap dan keputusan diumumkan dalam masa lebih singkat berbanding MUET sesi biasa. Tetapi tidak sepantas keputusan MUET Express (MeX). Ia sesuai untuk:
- Calon yang terlepas sesi MUET biasa
- Calon yang mahu masa ujian yang lebih fleksibel
- Graduan yang ingin memenuhi syarat kerja atau temuduga
- Tempoh keputusan: lebih kurang 2 minggu selepas peperiksaan
- Kaedah pelaksanaan: Secara online dan fizikal di pusat peperiksaan terpilih
- Komponen ujian: Listening, Speaking, Reading, Writing (sama seperti MUET biasa)
Jadual MUET on Demand (MoD) 2026
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah mengeluarkan Kalendar MUET on Demand (MoD) 2026 yang lengkap, menampilkan sesi ujian hampir setiap bulan.
Oleh kerana terdapat terlalu banyak sesi, kami telah ringkaskan jadual ini kepada beberapa sesi penting. korang boleh merujuk kepada portal rasmi MPM untuk senarai tarikh penuh.
| Sesi | Tempoh Pendaftaran | Tarikh Ujian | Tarikh Keputusan |
|---|---|---|---|
| Jan (1) | 17 Nov – 28 Nov 2025 | 17 Jan 2026 | 5 Feb 2026 |
| Jan (2) | 1 Dec – 12 Dec 2025 | 18 Jan 2026 | 6 Feb 2026 |
| Feb (1) | 15 Dec 2025 – 26 Dec 2025 | 7 Feb 2026 | 27 Feb 2026 |
| Feb (2) | 29 Dec 2025 – 9 Jan 2026 | 8 Feb 2026 | 2 Mar 2026 |
| Mar (1) | 12 Jan – 23 Jan 2026 | 28 Feb 2026 | 16 Mar 2026 |
| Mar (2) | 26 Jan – 6 Feb 2026 | 1 Mar 2026 | 17 Mar 2026 |
| Apr | 2 Mar – 13 Mar 2026 | 25 Apr – 15 May 2026 | — |
| Mei (1) | 16 Mar – 31 Mar 2026 | 16 May 2026 | 8 Jun 2026 |
| Mei (2) | 6 Apr – 17 Apr 2026 | 17 May 2026 | 9 Jun 2026 |
| Jun | 20 Apr – 30 Apr 2026 | 27 Jun – 16 Jul 2026 | — |
| Jul (1) | 4 May – 15 May 2026 | 18 Jul 2026 | 5 Aug 2026 |
| Jul (2) | 18 May – 2 Jun 2026 | 19 Jul 2026 | 6 Aug 2026 |
| Ogos (1) | 15 Jun – 26 Jun 2026 | 8 Aug 2026 | 27 Aug 2026 |
| Ogos (2) | 29 Jun – 10 Jul 2026 | 9 Aug 2026 | 28 Aug 2026 |
| Sept (1) | 20 Jul – 31 Jul 2026 | 12 Sept 2026 | 1 Oct 2026 |
| Sept (2) | 3 Aug – 14 Aug 2026 | 13 Sept 2026 | 2 Oct 2026 |
| Okt | 7 Sept – 18 Sept 2026 | 17 Oct – 5 Nov 2026 | — |
| Nov (1) | 21 Sept – 2 Oct 2026 | 14 Nov 2026 | 2 Dec 2026 |
| Nov (2) | 5 Oct – 16 Oct 2026 | 15 Nov 2026 | 3 Dec 2026 |
| Dis | 26 Oct – 6 Nov 2026 | 5 Dec 2026 | 29 Nov 2026 – 29 Dec 2026 |
Nota: Tarikh-tarikh ini adalah tertakluk kepada perubahan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Sila semak tarikh pendaftaran untuk sesi yang korang minati kerana ia dibuka dan ditutup dengan cepat.
Nasihat untuk Calon MUET MoD 2026:
- Rujuk Jadual Sesi 2026: korang boleh menggunakan jadual MoD Disember 2026 (seperti yang ditunjukkan di atas) sebagai rujukan awal, kerana sesi Januari 2026 biasanya akan mempunyai tempoh pendaftaran yang bermula pada Disember 2025.
- Pantau Portal Rasmi MPM: Untuk mendapatkan tarikh rasmi yang paling tepat bagi tahun 2026, korang dinasihatkan untuk sentiasa melayari portal rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).
- Pastikan korang mendaftar secepat mungkin setelah pendaftaran dibuka kerana tempat duduk tertakluk kepada kekosongan di pusat ujian.
Nota: Tarikh tertakluk kepada perubahan. Semak di mpm.edu.my untuk maklumat rasmi.
Komponen Ujian MUET on Demand (MoD)
Ujian MUET on Demand (MoD) menguji empat (4) kemahiran bahasa Inggeris, dengan markah penuh 360, yang akan ditukar kepada Band (tahap kecekapan) antara Band 1 hingga Band 5+.
| Kod Kertas | Komponen Ujian | Tempoh Masa | Pemberatan Markah |
| 800/1 | Listening (Mendengar) | 50 minit | 20% |
| 800/2 | Speaking (Bertutur) | 30 minit | 20% |
| 800/3 | Reading (Membaca) | 75 minit | 40% |
| 800/4 | Writing (Menulis) | 75 minit | 20% |
Perincian Setiap Kertas Ujian (Format Standard MUET)
| Kertas | Tugasan dan Jumlah Soalan/Tugasan | Format Ujian |
| 800/1 Listening | 5 Bahagian, 30 Soalan | Soalan aneka pilihan dan padanan. Calon mendengar pelbagai jenis teks lisan (dialog, monolog, perbualan) dan menjawab soalan. Audio dimainkan dua (2) kali sahaja. |
| 800/2 Speaking | 2 Tugasan | Ujian lisan dijalankan secara bersemuka atau dalam talian (bergantung kepada pendaftaran dan pusat ujian). Ia terdiri daripada: |
| Tugasan 1 (Individu) | Calon membuat persembahan lisan secara individu (2 minit persediaan, 2 minit persembahan). | |
| Tugasan 2 (Berkumpulan) | Calon menyertai perbincangan berkumpulan (3 minit persediaan, 8–10 minit perbincangan) berdasarkan topik yang diberikan. | |
| 800/3 Reading | 7 Bahagian, 40 Soalan | Soalan aneka pilihan (3 atau 4 pilihan jawapan) dan gapped text. Calon membaca 7 jenis teks (pendek hingga panjang, pelbagai genre dan tema) dan menguji keupayaan memahami, menganalisis, dan mensintesis maklumat. |
| 800/4 Writing | 2 Tugasan | Tugasan penulisan menguji keupayaan calon menulis secara koheren dan kohesif: |
| Tugasan 1 (E-mel/Surat) | Calon perlu membalas e-mel atau surat (panjang minimum 100 patah perkataan). | |
| Tugasan 2 (Esei) | Calon menulis esei berdasarkan pandangan tentang sesuatu isu (panjang minimum 250 patah perkataan). |
Kaedah Ujian: Ujian bertulis (Listening, Reading, Writing) dan lisan (Speaking) boleh dijalankan secara Computer-Based Test (CBT) atau kaedah konvensional, bergantung pada pusat ujian MoD yang dipilih.
Slip Daftar: Calon akan menerima Slip Daftar MoD (MoD/D) yang mengandungi butiran dan tarikh ujian, termasuk waktu ujian Lisan yang mungkin berbeza dari tarikh ujian bertulis.
Calon dinasihatkan untuk memuat turun Regulations, Test Specifications, Test Format, and Sample Questions yang disediakan di portal rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia untuk memahami format secara lebih terperinci.
Contoh Soalan MUET on Demand (MoD) & Jawapan
Listening
Soalan:
You will hear a conversation between two students discussing their group project. What is the main problem they are facing?
A. Lack of time
B. Poor communication
C. Absence of group members
D. No access to materials
Jawapan cadangan: B. Poor communication
Speaking
Task A (Individual Presentation):
“Describe a time when you helped someone and how it made you feel.”
Tip: Gunakan struktur: situasi → tindakan → perasaan → pengajaran
Task B (Group Discussion):
“Discuss the best way to reduce stress among students. Choose one: exercise, counselling, time management, hobbies.”
Tip: Beri pendapat, sokong dengan alasan, hormati pandangan rakan.
Reading
Petikan:
An article about climate change and its impact on agriculture.
Soalan:
According to the article, which of the following is a direct effect of climate change?
A. Increase in food prices
B. Migration of farmers
C. Reduction in crop yield
D. Rise in sea levels
Jawapan cadangan: C. Reduction in crop yield
Writing
Task 1 (Email):
You received an email from your friend asking for advice on choosing a university course. Reply with suggestions and reasons.
Contoh jawapan ringkas:
Hi Aiman,
Thanks for your email. I suggest you choose a course based on your interest and career goals. If you enjoy science, consider engineering or biotechnology. Also, check the university’s reputation and facilities. Let me know if you need help with applications.
Best wishes,
Farah
Task 2 (Essay):
“Some people believe that online learning is better than face-to-face learning. Discuss both views and give your opinion.”
Contoh struktur jawapan:
- Pendahuluan: Pengenalan kepada topik
- Isi 1: Kelebihan pembelajaran atas talian (fleksibel, jimat masa)
- Isi 2: Kelebihan pembelajaran bersemuka (interaksi, disiplin)
- Penutup: Pendapat peribadi – gabungan kedua-dua kaedah adalah terbaik
Tip: Gunakan penanda wacana seperti “however”, “in contrast”, “moreover”, “in conclusion”.
Strategi Lulus MUET on Demand (MoD)
- Fahami format dan jenis soalan setiap komponen.
- Latih diri dengan simulasi sebenar.
- Gunakan teknik menjawab yang berstruktur.
- Tingkatkan kosa kata dan kemahiran menulis.
- Jaga kesihatan dan mental sebelum peperiksaan.
Contoh Soalan MUET on Demand (MoD) Bantu korang Skor dengan Bergaya!
MUET on Demand (MoD) ialah peluang terbaik untuk calon yang memiliki masa terhad. Dengan memahami format, berlatih menggunakan Contoh Soalan MUET on Demand (MoD) dan menjawab dengan strategi yang betul, korang boleh capai Band yang diidamkan.
Jangan tunggu saat akhir. mula berlatih hari ini dan cipta laluan cerah ke universiti atau kerjaya impian korang!
Sumber Latihan & Rujukan
Untuk memantapkan lagi persediaan MoD, korang digalakkan mendapatkan eBook atau modul khas di bawah yang menyediakan nota dan latihan mengikut format MUET terkini. Sesuai untuk calon MUET biasa dan calon MUET MoD.
Exam MUET memang dalam Bahasa Inggeris, tetapi ia diterangkan oleh eBook ini dalam Bahasa Malaysia untuk memudahkan pemahaman korang!
Tapi, jangan risau! Sebab semua contoh soalan dan contoh jawapan tetap dalam Bahasa Inggeris yang standard dan berkualiti tinggi!
Penutup
Dalam artikel ini, kita akan mengupas format terkini, contoh soalan MUET Express (MEX), serta tips menjawab yang betul..
Artikel ini akan bantu korang faham dengan jelas tentang MUET grading system berdasarkan maklumat rasmi daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Kita akan kupas cara pengiraan skor, pecahan komponen, julat band dan kaitannya dengan tahap CEFR!
MUET Speaking Group Discussion Sample Answer ini lengkap dengan format terkini, contoh soalan sebenar, strategi menjawab dan tip keyakinan. Sesuai untuk pelajar lepasan SPM, STPM, matrikulasi dan diploma yang ingin bersedia dengan yakin dan bergaya.
Dalam perkongsian ini, kita akan meneliti format terkini, contoh soalan sebenar, teknik menjawab, dan sample MUET reading question and answer yang dikemaskini.
Kalau korang bakal menduduki ujian MUET tahun ini, topik “MUET letter writing sample answer” memang wajib korang faham..
Jadi, bagaimana korang nak bersedia? Jawapannya ialah dengan memahami format, berlatih menulis, dan menguasai tips for MUET writing yang terbukti berkesan.
Berikut ialah beberapa MUET Speaking Topics with Answers yang boleh dijadikan rujukan dan latihan..
Dalam artikel ini, kita akan mengupas semua yang korang perlu tahu tentang ujian lisan MUET. Dari format, contoh soalan, hingga tip untuk skor tinggi. Jom mula!
Selesai sahaja exam MUET, calon calon mula bertanya: “Bila boleh semak keputusan?” dan yang paling penting: “Macam mana nak download sijil MUET online?”
Tidak semua tahu bagaimana nak sambung idea dengan lancar. Di sinilah penanda wacana English MUET memainkan peranan penting!
Setiap kali selesai menduduki peperiksaan MUET, satu soalan yang pasti bermain di fikiran semua calon ialah: “Berapa lama result MUET keluar?”..
Jom lihat format karangan argumentative MUET, tip penting, dan MUET Argumentative Essay Sample untuk membantu korang bersedia dengan yakin..
Jom kita tengok semua info penting tentang pendaftaran MUET 2025, lengkap dengan tarikh, cara daftar dan tips berguna!
Ada satu benda yang ramai orang tak tahu sangat tapi sebenarnya sangat berguna, namanya MUET MOD..
Selain itu, korang juga boleh baca pengalaman kawan-kawan korang yg dah lalui paper Speaking di post Pengalaman MUET Speaking ni.
Bagi yg masih lagi blurr dan masih lagi tak tahu format peperiksaan MUET, korang kena baca format dan contoh soalan MUET Speaking 2025 ni.
Komponen MUET Listening Test memainkan peranan besar. Ujian ini direka bukan sekadar untuk menguji pendengaran, tetapi untuk menilai keupayaan calon menafsir maklumat.
Kalau ada satu soalan yang selalu buat calon MUET garu kepala sambil scroll TikTok dalam hati, mesti soalan ni: “LULUS MUET BAND BERAPA?”. Nak tahu jawapannya?