Kalau korang tengah pening kepala fikir bila nak ambil MUET, atau korang baru sedar yang korang tak daftar MUET sesi biasa sebab “terlupa” (baca: malas), jangan risau. Ada satu benda yang ramai orang tak tahu sangat tapi sebenarnya sangat berguna, namanya MUET MOD. MOD tu bukan nama game atau modifikasi kereta, tapi singkatan untuk MUET on Demand.
Isi Kandungan

Yes, korang baca betul. MUET yang boleh korang ambil bila-bila masa. Macam Grab, tapi untuk ujian Bahasa Inggeris.
Apa Itu MUET MOD?
MUET MOD ni sebenarnya versi fleksibel untuk calon yang tak sempat atau tak nak tunggu sesi MUET biasa (Sesi 1, 2, atau 3). Kalau MUET biasa tu macam kelas sekolah. Ada tarikh tetap, semua orang ambil serentak. MUET MOD ni macam kelas tuisyen peribadi. Korang daftar, korang pilih tarikh, dan korang ambil ujian ikut masa yang sesuai dengan korang.
Contohnya, kalau korang baru dapat tahu korang kena hantar keputusan MUET untuk mohon UPU, atau korang nak masuk program Latihan Separa Perubatan, atau korang nak sambung belajar luar negara tapi MUET sesi biasa dah lepas maka MUET MOD lah penyelamat korang.
Siapa Yang Sesuai Ambil MUET MOD?
Jujur cakap, MUET MOD ni bukan untuk semua orang. Tapi kalau korang termasuk dalam golongan ni, korang patut pertimbangkan:
- Pelajar yang terlepas tarikh pendaftaran MUET sesi biasa
- Calon yang nak cepat dapat keputusan MUET (contohnya untuk temuduga)
- Graduan yang nak naik taraf band MUET lama
- Orang kerja yang nak sambung belajar atau mohon biasiswa
- Calon yang tak suka tunggu lama dan suka buat benda ikut masa sendiri
Kalau korang jenis yang suka kawal jadual sendiri, MUET MOD memang ngam dengan jiwa korang.
Apa Yang Berbeza Dengan MUET Biasa?
Okay, jom kita bandingkan sikit. MUET MOD ni bukan versi “mudah” atau “shortcut”. Format dia sama je macam MUET biasa, ada Listening, Speaking, Reading dan Writing. Tapi ada beberapa benda yang buat dia lain sikit:
Aspek | MUET Biasa | MUET MOD (On Demand) |
---|---|---|
Tarikh Ujian | Tetap (3 sesi setahun) | Fleksibel (ikut slot tersedia) |
Lokasi | Pusat peperiksaan besar | Pusat terpilih (terhad) |
Keputusan | Ambil masa 2–3 bulan | Lebih cepat (±3 minggu) |
Yuran | RM100–RM150 | RM250 (lebih mahal sikit) |
So, kalau korang jenis nak cepat dan sanggup bayar lebih sikit, MUET MOD memang berbaloi.
Macam Mana Nak Daftar MOD?
Senang je. Tak perlu isi borang panjang berjela. Korang cuma perlu:
- Pergi ke laman rasmi MPM: https://mpm.edu.my
- Klik bahagian “MUET on Demand”
- Pilih tarikh dan lokasi yang korang nak
- Bayar yuran (guna FPX atau kad debit/kredit)
- Tunggu pengesahan dan surat panggilan
Biasanya slot MUET MOD cepat penuh, sebab tempat terhad. So kalau korang dah plan nak ambil, jangan tunggu minggu depan baru nak daftar. Slot habis, korang jugak yang stress.
Tips Kalau Nak Ambil MUET MOD
Sebab MUET MOD ni tak ramai ambil serentak, suasana dia mungkin rasa lain sikit. Tapi jangan risau, format tetap sama. Cuma korang kena lebih bersedia sebab:
- Korang tak ada “batch vibes” macam MUET biasa. So kena motivate diri sendiri
- Korang kena jaga masa sebab semua komponen boleh jadi dalam hari yang sama
- Korang tak boleh harap “kawan study” sangat. Kena buat latihan sendiri
Tapi jangan risau, banyak bahan latihan online. Korang boleh guna eBook, tengok YouTube, atau join group Telegram MUET. Kalau korang nak yang lebih tersusun, cari eBook yang ada checklist, template, dan contoh jawapan maca yang kami jual di bawah..
Soalan Lazim (FAQ) Yang Selalu Orang Tanya
MUET MOD ni sah ke? Diiktiraf tak?
Sah 100%. Sama je macam MUET biasa. Diiktiraf oleh MPM dan semua universiti awam.
Result MUET MOD boleh guna untuk UPU?
Boleh, asalkan korang ambil sebelum tarikh tutup permohonan.
Kalau saya dah ambil MUET biasa, boleh ambil MUET MOD juga?
Boleh. Ramai orang ambil MUET MOD untuk naikkan band.
Result MUET MOD keluar cepat ke?
Ya, biasanya dalam masa 3 minggu. Tapi bergantung juga pada tarikh ujian.
MUET MOD Bukan Jalan Pintas, Tapi Jalan Pintar
MUET MOD bukan untuk orang yang nak “shortcut”. Tapi ia memang untuk orang yang tahu apa dia nak, dan nak capai cepat. Kalau korang jenis yang suka kawal masa sendiri, tak suka tunggu lama, dan sanggup usaha lebih siki. MUET MOD memang untuk korang.
Jangan tunggu sampai terdesak baru nak daftar. Kalau korang tahu MUET tu penting untuk masa depan korang, sama ada nak masuk universiti, mohon kerja, atau sambung belajar maka buatlah keputusan sekarang.
MUET MOD ni macam peluang kedua. Tapi kalau korang guna betul-betul, dia boleh jadi peluang terbaik.
Sumber Latihan & Rujukan
Korang boleh dapatkan eBook atau modul khas di bawah yang menyediakan nota dan latihan mengikut format MUET terkini. Sesuai untuk calon MUET biasa dan calon MUET on Demand.
Penutup
Selain itu, korang juga boleh baca pengalaman kawan-kawan korang yg dah lalui paper Speaking di post Pengalaman MUET Speaking ni.
Bagi yg masih lagi blurr dan masih lagi tak tahu format peperiksaan MUET, korang kena baca format dan contoh soalan MUET Speaking 2025 ni.
Komponen MUET Listening Test memainkan peranan besar. Ujian ini direka bukan sekadar untuk menguji pendengaran, tetapi untuk menilai keupayaan calon menafsir maklumat.
Kalau ada satu soalan yang selalu buat calon MUET garu kepala sambil scroll TikTok dalam hati, mesti soalan ni: “LULUS MUET BAND BERAPA?”. Nak tahu jawapannya?
Kali ini, korang akan belajar MUET reading tips yang merangkumi strategi praktikal dan teknik membaca yang berkesan..