Pendaftaran MUET 2025

Tahun 2025 menyaksikan tiga sesi MUET seperti biasa, dan pendaftaran kini dibuka secara dalam talian. Jadi, kalau korang calon lepasan SPM, pelajar matrikulasi, atau calon persendirian yang nak upgrade band, post ni khas untuk korang. Jom kita tengok semua info penting tentang pendaftaran MUET 2025, lengkap dengan tarikh, cara daftar dan tips berguna!

Pendaftaran MUET 2025

Kalau korang sedang merancang untuk sambung belajar ke universiti awam, atau nak naik pangkat dalam sektor awam, satu perkara penting yang tak boleh dielakkan ialah: ambil MUET. Ya, Malaysian University English Test (MUET) bukan sekadar ujian Bahasa Inggeris biasa. Ia adalah tiket masuk ke dunia akademik dan kerjaya yang lebih luas.

Tarikh Penting MUET 2025

MUET dijalankan tiga kali setahun: Sesi 1, Sesi 2, dan Sesi 3. Berikut ialah jadual rasmi yang dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM):

MUET Sesi 1 2025

  • Tarikh Pendaftaran Dibuka: 9 Disember 2024
  • Tarikh Tutup Pendaftaran: 12 Januari 2025
  • Ujian Lisan (Speaking): 8, 9, 10, 14, 15 & 16 April 2025
  • Ujian Bertulis: 19 April 2025

MUET Sesi 2 2025

  • Tarikh Pendaftaran Dibuka: 21 April 2025
  • Tarikh Tutup Pendaftaran: 18 Mei 2025
  • Ujian Lisan (Speaking): 5, 6, 7, 11, 12 & 13 Ogos 2025
  • Ujian Bertulis: 16 Ogos 2025

MUET Sesi 3 2025

  • Tarikh Pendaftaran Dibuka: Dijangka sekitar Ogos 2025
  • Ujian Bertulis: November / Disember 2025 (tarikh rasmi akan diumumkan)

Semua tarikh tertakluk kepada perubahan oleh MPM. Sentiasa semak portal rasmi https://muet.mpm.edu.my untuk maklumat terkini.

Cara Daftar MUET 2025

Pendaftaran MUET adalah 100% secara dalam talian. Tak perlu isi borang manual atau beratur panjang. Ikut langkah mudah ni:

1. Layari portal rasmi MUET: https://muet.mpm.edu.my

2. Klik “Pendaftaran Calon”

  • Pilih kategori:
  • Calon sekolah/institusi
  • Calon persendirian

3. Isi maklumat peribadi dan pilih pusat ujian

4. Buat bayaran secara FPX (online banking)

5. Cetak slip pendaftaran (MUET/D) sebagai bukti daftar

Bayaran MUET 2025:

  • Warganegara: RM150
  • Bukan warganegara: RM350

Komponen Ujian MUET

MUET menguji empat kemahiran utama dalam Bahasa Inggeris:

KomponenPerincian
Listening800–1000 perkataan, 30 minit
Speaking2 bahagian: individu & kumpulan, 30 minit
Reading40 soalan objektif, 75 minit
Writing2 tugasan (laporan & esei), 75 minit

Setiap komponen menyumbang markah kepada Band akhir (Band 1 hingga Band 5+). Band 3 ke atas biasanya diperlukan untuk kemasukan ke IPTA.

Nak Skor MUET, Macam Mana?

Guna eBook atau modul latihan – Contohnya, eBook “Panduan Lulus MUET Dengan Cemerlang” juga sesuai untuk calon MUET kerana ia bantu bina keyakinan dan ayat-ayat praktikal.

Faham format – Jangan masuk dewan tanpa tahu struktur soalan.

Latih speaking dengan kawan – Buat roleplay, rakam suara, dan semak sebutan.

Baca artikel & berita dalam English – Tingkatkan vocab dan pemahaman.

Tulis esei pendek setiap minggu – Latih struktur ayat dan idea.

Siapa Perlu Ambil MUET?

MUET wajib untuk:

  • Calon yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah di IPTA
  • Calon STPM, Matrikulasi, Asasi
  • Calon UPUOnline
  • Individu yang ingin naik pangkat dalam sektor awam (tertakluk kepada skim perkhidmatan)

MUET juga sesuai untuk mereka yang ingin menilai tahap penguasaan Bahasa Inggeris secara formal.

Soalan Lazim (FAQ) Mengenai Pendaftaran MUET

Saya dah ambil MUET tapi nak ulang untuk dapat Band lebih tinggi. Boleh?

Boleh. Tiada had percubaan. Pilih sesi yang sesuai dan daftar semula.

Saya calon persendirian. Boleh pilih pusat ujian sendiri?

Ya, korang boleh pilih pusat yang masih ada kekosongan semasa daftar.

Slip daftar MUET hilang. Macam mana?

Log masuk semula ke portal MUET dan cetak semula slip MUET/D.

MUET Bukan Halangan, Tapi Peluang

MUET bukan sekadar ujian Bahasa Inggeris. Ia adalah peluang untuk buktikan yang korang bersedia ke peringkat seterusnya. Sama ada dalam akademik atau kerjaya. Dengan persediaan yang betul, MUET boleh jadi pengalaman yang menyeronokkan dan membina keyakinan.

Jadi, jangan tunggu saat akhir. Daftar awal, buat latihan, dan bina momentum. Dan kalau korang perlukan bahan bantu belajar, skrip speaking, atau latihan writing, eBook “Panduan Lulus MUET Dengan Cemerlang” di bawah boleh jadi rakan belajar korang. Siapa kata belajar English kena stres?

Sumber Latihan & Rujukan

Korang boleh dapatkan eBook atau modul khas di bawah yang menyediakan nota dan latihan mengikut format MUET terkini. Sesuai untuk calon MUET biasa dan calon MUET on Demand.

Buku Panduan MUET

Penutup

Ada satu benda yang ramai orang tak tahu sangat tapi sebenarnya sangat berguna, namanya MUET MOD..

Selain itu, korang juga boleh baca pengalaman kawan-kawan korang yg dah lalui paper Speaking di post Pengalaman MUET Speaking ni.

Bagi yg masih lagi blurr dan masih lagi tak tahu format peperiksaan MUET, korang kena baca format dan contoh soalan MUET Speaking 2025 ni.

Komponen MUET Listening Test memainkan peranan besar. Ujian ini direka bukan sekadar untuk menguji pendengaran, tetapi untuk menilai keupayaan calon menafsir maklumat.

Kalau ada satu soalan yang selalu buat calon MUET garu kepala sambil scroll TikTok dalam hati, mesti soalan ni: “LULUS MUET BAND BERAPA?”. Nak tahu jawapannya?

Kali ini, korang akan belajar MUET reading tips yang merangkumi strategi praktikal dan teknik membaca yang berkesan..

Leave a Comment

error: Content is protected !!