MUET atau Malaysian University English Test merupakan peperiksaan bahasa Inggeris yang wajib bagi kemasukan ke universiti awam di Malaysia. Ia juga semakin relevan untuk kerjaya dan kelayakan profesional. Jika korang calon MUET sesi 2025, panduan ini akan bantu korang faham format terkini MUET, skor & teknik lulus cemerlang.
Isi Kandungan

Apakah Itu MUET?
MUET ialah ujian standard kebangsaan yang menilai kemahiran berbahasa Inggeris dalam empat komponen:
- Listening (20%)
- Speaking (20%)
- Reading (40%)
- Writing (20%)
Ia digunakan untuk mengukur tahap kefasihan pelajar sebelum memasuki pengajian tinggi.
Format Terkini MUET (2021–2025)
Berikut adalah ringkasan format MUET terkini yang digunapakai mulai 2021 dan kekal untuk 2025:
Komponen | Soalan / Tugasan | Tempoh | Perincian |
---|---|---|---|
Listening | 30 soalan objektif | ±50 minit | Audio dimainkan 2 kali. |
Speaking | 2 tugas (Individu & Berkumpulan) | ±30 minit | Taksiran lisan secara bersemuka. |
Reading | 40 soalan objektif | 75 minit | Berdasarkan pelbagai jenis teks. |
Writing | 2 tugasan esei | 75 minit | Satu laporan grafik + esei pendapat. |
Skor & Band MUET
Markah keseluruhan: 90 markah maksimum, dan ditukar kepada Band 1 hingga Band 5+
Julat Markah | Band | Tahap Kecekapan |
---|---|---|
0 – 18 | Band 1 | Sangat rendah |
19 – 36 | Band 2 | Rendah |
37 – 52 | Band 3 | Sederhana |
53 – 69 | Band 4 | Baik |
70 – 85 | Band 5 | Sangat Baik |
86 – 90 | Band 5+ | Cemerlang |
Teknik Lulus MUET Dengan Cemerlang
- Baca & Faham Format Soalan
Ramai pelajar gagal bukan sebab tidak pandai, tapi sebab tak kenal format soalan. Dapatkan contoh kertas soalan sebenar MUET dari MPM. - Latihan Harian (15 Minit Sehari)
Amalkan teknik “kaizen” – perbaiki sedikit setiap hari. Latihan kecil seperti menulis 1 perenggan atau mendengar audio MUET 15 minit sehari boleh beri impak besar. - Bina Kosa Kata Tema
Setiap sesi MUET ada tema tersendiri – contoh: kesihatan, teknologi, pendidikan. Buat senarai perkataan, frasa & idiom berkaitan setiap tema. - Berlatih Speaking Berkumpulan
Cari rakan study group dan lakukan simulasi speaking secara real. Rakam dan nilai semula sebutan, struktur ayat & kelancaran. - Tonton Video + Baca Artikel Inggeris
Guna YouTube dan laman berita untuk tingkatkan keupayaan mendengar & membaca (BBC Learning English, TED, The Star, NST). - Gunakan Timer Ketika Latihan
Disiplinkan diri dengan masa sebenar peperiksaan. Contohnya: 40 minit untuk satu tugasan writing, 30 minit untuk 40 soalan reading.
Cara lulus MUET 2025 dengan baik
Selain itu, korang juga digalakkan mendapatkan eBook atau modul khas di bawah yang menyediakan nota dan latihan mengikut format MUET terkini. Sesuai untuk calon MUET biasa dan calon MUET on Demand.
Exam dalam Bahasa Inggeris tetapi diterangkan oleh eBook ini dalam Bahasa Malaysia!
Tapi, jangan risau sebab semua contoh soalan dan jawapan tetap dalam Bahasa Inggeris yang standard dan berkualiti tinggi!
Atau,
Mungkin korang nak baca dahulu tips-tips dan panduan lulus MUET ni.
Sumber Rujukan MUET Berguna
Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)
https://mpm.edu.my
Nota & Latihan PDF Percuma
Telegram Channel: MUET Malaysia / @muetmalaysia
Video Speaking Band 5+
YouTube: MUET Speaking Practice / Tips by Examiners
Aplikasi MUET Prep
MUETGo / Quizizz MUET / CikguCikgu MUET
Jangan Tunggu Last Minute!
MUET bukan peperiksaan yang perlu ditakuti. Dengan persiapan awal, latihan konsisten, dan strategi yang betul, korang boleh capai Band 4 ke atas dengan yakin. Yang penting – mula sekarang!
“The earlier you start, the higher your score.”
Baca juga..
Selain tu, korang kena baca tips dan panduan lulus MUET yang kami kongsikan di 5 Panduan Lulus MUET.
Masih tak tahu format peperiksaan MUET? Bahaya tu. Korang kena baca format dan contoh soalan MUET Speaking 2025 ni.
Kalau ada satu soalan yang selalu buat calon MUET garu kepala sambil scroll TikTok dalam hati, mesti soalan ni: “lulus MUET band berapa?” Jawapan dia ialah..
Artikel ini akan membimbing korang memahami format sebenar, strategi menjawab, dan disertakan satu MUET Email Writing Sample Answer yang lengkap.
Selesai sahaja exam MUET, calon calon mula bertanya: “Bila boleh semak keputusan?” dan yang paling penting: “Macam mana nak download sijil MUET online?”
Tidak semua tahu bagaimana nak sambung idea penulisan dengan lancar. Di sinilah penanda wacana English MUET memainkan peranan penting!
Setiap kali selesai menduduki peperiksaan MUET, satu soalan yang pasti bermain di fikiran semua calon ialah: “Berapa lama result MUET keluar?”..
Jom lihat format karangan argumentative MUET, tip penting, dan MUET Argumentative Essay Sample untuk membantu korang bersedia dengan yakin..
Jom kita tengok semua info penting tentang pendaftaran MUET 2025, lengkap dengan tarikh, cara daftar dan tips berguna!
Ada satu benda yang ramai orang tak tahu sangat tapi sebenarnya sangat berguna, namanya MUET MOD..
Dalam artikel ini, kita akan mengupas semua yang korang perlu tahu tentang ujian lisan MUET. Dari format, contoh soalan, hingga tip untuk skor tinggi. Jom mula!