Korang tgh stress sebab kena duduk MUET dalam beberapa hari lagi? So, tgh cari tips dan panduan lulus MUET la ni? Yup.. benar sekali. Kami ada kongsikan di sini. Tapi sebelum tu, saja nak kongsikan info serem di bawah..
Isi Kandungan

Info: Pada tahun 2009, seramai 164,446 calon telah menduduki peperiksaan MUET. Daripada jumlah tersebut, hanya 12% sahaja mendapat Band 6. Selebihnya dengan keputusan sederhana atau kurang memuaskan. Bagi mereka yang gagal, perlu mengulang MUET dalam tempoh 6 bulan.
Lulus MUET sebetulnya bukanlah terlalu payah dan sukar. Itu pun jika korang tahu caranya. Yupp.. Betul banyak tips yang boleh diaplikasikan. Tips-tips yang korang dah baca sebelum ini. Tapi terlalu banyak tips pun boleh memeningkan kepala kan..
Masalah utama calon MUET cuma terlalu gementer. Sakit kepala dan seram sejuk. Itu saja..
Akibat daripada itu, pelbagai persoalan pun mulai muncul di benak. Keraguan mulai datang. Tetapi dalam hati nak sgt lulus MUET dengan cemerlang.
Jadi di bawah dikongsikan 5 panduan lulus MUET dengan jayanya. Lupakan tips yang lain. Nanti korang serabut. Fokus pada yg 5 ini sahaja.
Kerap bertanya kepada tenaga pengajar
Rajinkan diri korang utk kerap bertanya kepada guru (bagi calon sekolah) atau kepada pensyarah (bagi calon IPT). Percaya cakap kami. Ia pasti akan banyak membantu persediaan korang.
Buang rasa segan bertanya. Lempar rasa malu tu ke laut.
Bak kata pepatah – malu bertanya, sesat jalan. Satu pepatah lagi nak kasi – malu berdayung, hanyut perahu. Eh.. dah macam kuliah bahasa la pula kan. Haha..
Selain itu, korang juga boleh bertanya kepada rakan-rakan yang lebih mahir berbahasa inggeris.
Buat study group
Tubuhkan group. Disarankan dalam jumlah sekitar 4 -5 orang ahli. Kurang daripada itu – tidak cukup berkesan. Tetapi lebih daripada jumlah itu – terlalu banyak gangguan. Jadi group bawang pula nanti.
Dalam group, cari satu tajuk yg korang jangka naik dalam MUET dan bincangkan dalam group tadi. In english la.
Teknik ini bukan sahaja dapat membantu korang memperbaiki tahap komunikasi dalam english. Malah, ini juga akan menolong membina tabiat tolong-menolong dalam kumpulan.
Kalau ada perbezaan pendapat, tiada masalah. Bagus. Teruskan saja. Tapi pastikan in english ya.
Tetapkan matlamat korang
Pastikan korang memasang matlamat yang jelas. Sejelas mana? Misalnya – saya nak dapat band 5. Atau kalau tak berapa yakin – saya nak band 3 ke atas.
Jangan simpan matlamat yang terlalu rendah. Ini akan membuatkan korang tidak berusaha keras kerana ia mudah dicapai.
Cabar diri korang. Pasti korang akan berusaha lebih gigih untuk merealisasikan matlamat tersebut.
Bersahabat dengan kamus
Apa nak buat. Nama pun MUET kan. Mahu atau tidak, korang terpaksalah pikul kamus tu ke hulu ke hilir.
Tapi sekarang, kamus tu dah makin mengecil dan ringan. Ia ada dalam phone korang kan. Lagi la mudah.
Apa sahaja perkataan yg korang tak faham, terus rujuk kamus. Jangan cakap – nanti la cari. Jangan biar rasa malas menang. Kalau cik malas menang, korang pasti kalah dalam MUET.
Kita off topic jap. Kebanyakan calon-calon MUET mengisi masa lapang dengan bisnes sampingan. Sambil-sambil tunggu result MUET tu, ramai yg cari duit poket. Antara bisnes yg paling mudah diceburi dan amat menguntungkan ialah jual kek, amat mudah sebenarnya. Cer baca 7 tips memulakan perniagaan kek secara kecil-kecilan ni.
Buku panduan MUET
Korang boleh beli buku panduan MUET di mana-mana kedai buku berhampiran. Masalahnya cuma perlu jalan la dan pegi beli.
Kalau yg kaki jimat tu, pinjam aje buku-buku tersebut daripada senior-senior. Yg muka lawa, lagi senang nak pinjam. Bederet abg senior nak bagi pinjam.
Tapi masalah dengan buku ni, dia berat. Kena heret ke hulu ke hilir pula tu. Pastu, kadang-kadang lupa bawa.
So, satu lagi caranya ialah dengan membeli buku panduan MUET dalam bentuk eBook. Bayar dan download jer dlm phone korang.
Murah pun murah. Ringan pun ringan. Kompom tak lupa kecuali phone korang hilang la kan.
Boleh baca selalu. Boleh print kalau nak. Boleh salin dalam notes kalau rajin. Settle masalah!
Mana buku panduan MUET dalam bentuk eBook tu?
Ni ha..
Itulah dia 5 panduan lulus MUET yang dapat kami kongsikan kali ini. Semoga memberi manfaat kepada korang.
Penutup
Masih tak tahu format peperiksaan MUET? Bahaya tu. Korang kena baca format dan contoh soalan MUET Speaking 2025 ni.
Kalau ada satu soalan yang selalu buat calon MUET garu kepala sambil scroll TikTok dalam hati, mesti soalan ni: “lulus MUET band berapa?” Jawapan dia ialah..
Artikel ini akan membimbing korang memahami format sebenar, strategi menjawab, dan disertakan satu MUET Email Writing Sample Answer yang lengkap.
Selesai sahaja exam MUET, calon calon mula bertanya: “Bila boleh semak keputusan?” dan yang paling penting: “Macam mana nak download sijil MUET online?”
Tidak semua tahu bagaimana nak sambung idea penulisan dengan lancar. Di sinilah penanda wacana English MUET memainkan peranan penting!
Setiap kali selesai menduduki peperiksaan MUET, satu soalan yang pasti bermain di fikiran semua calon ialah: “Berapa lama result MUET keluar?”..
Jom lihat format karangan argumentative MUET, tip penting, dan MUET Argumentative Essay Sample untuk membantu korang bersedia dengan yakin..
Jom kita tengok semua info penting tentang pendaftaran MUET 2025, lengkap dengan tarikh, cara daftar dan tips berguna!
Ada satu benda yang ramai orang tak tahu sangat tapi sebenarnya sangat berguna, namanya MUET MOD..
Dalam artikel ini, kita akan mengupas semua yang korang perlu tahu tentang ujian lisan MUET. Dari format, contoh soalan, hingga tip untuk skor tinggi. Jom mula!