Tahun 2026 menyaksikan tiga sesi MUET seperti biasa, dan pendaftaran kini dibuka secara dalam talian. Jadi, kalau korang calon lepasan SPM, pelajar matrikulasi, atau calon persendirian yang nak upgrade band, post ni khas untuk korang. Jom kita tengok semua info penting tentang pendaftaran MUET 2026, lengkap dengan tarikh, cara daftar dan tips berguna!
Isi Kandungan
Kalau korang sedang merancang untuk sambung belajar ke universiti awam, atau nak naik pangkat dalam sektor awam, satu perkara penting yang tak boleh dielakkan ialah: ambil MUET. Ya, Malaysian University English Test (MUET) bukan sekadar ujian Bahasa Inggeris biasa. Ia adalah tiket masuk ke dunia akademik dan kerjaya yang lebih luas.
Tarikh Penting MUET 2026
MUET dijalankan tiga kali setahun: Sesi 1, Sesi 2, dan Sesi 3. Berikut ialah jadual rasmi yang dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM):
MUET Sesi 1 2026
- Tarikh Pendaftaran Dibuka: 15 Disember 2025
- Tarikh Tutup Pendaftaran: 25 Januari 2026
- Ujian Lisan (Speaking): 14, 15, 16, 20, 21 & 22 April 2026
- Ujian Bertulis: 25 April 2026
MUET Sesi 2 2026
- Tarikh Pendaftaran Dibuka: 9 Mac 2026
- Tarikh Tutup Pendaftaran: 20 April 2026
- Ujian Lisan (Speaking): 15, 16, 18, 23, 24 & 25 Jun 2026
- Ujian Bertulis: 27 Jun 2026
MUET Sesi 3 2026
- Tarikh Pendaftaran Dibuka: 4 Ogos 2026
- Tarikh Tutup Pendaftaran: 4 September 2026
- Ujian Lisan (Speaking): 6, 7, 8, 12, 13 & 14 Oktober 2026
- Ujian Bertulis: 17 Oktober 2026
Semua tarikh tertakluk kepada perubahan oleh MPM. Sentiasa semak portal rasmi https://muet.mpm.edu.my untuk maklumat terkini.
Cara Daftar MUET 2026
Pendaftaran MUET adalah 100% secara dalam talian. Tak perlu isi borang manual atau beratur panjang. Ikut langkah mudah ni:
1. Layari portal rasmi MUET: https://muet.mpm.edu.my
2. Klik “Pendaftaran Calon”
- Pilih kategori:
- Calon sekolah/institusi
- Calon persendirian
3. Isi maklumat peribadi dan pilih pusat ujian
4. Buat bayaran secara FPX (online banking)
5. Cetak slip pendaftaran (MUET/D) sebagai bukti daftar
Bayaran MUET 2026:
- Warganegara: RM150
- Bukan warganegara: RM350
Komponen Ujian MUET
MUET menguji empat kemahiran utama dalam Bahasa Inggeris:
| Komponen | Perincian |
| Listening | 800–1000 perkataan, 50 minit |
| Speaking | 2 bahagian: individu & kumpulan, 30 minit |
| Reading | 40 soalan objektif, 75 minit |
| Writing | 2 tugasan (laporan & esei), 75 minit |
Setiap komponen menyumbang markah kepada Band akhir (Band 1 hingga Band 5+). Band 3 ke atas biasanya diperlukan untuk kemasukan ke IPTA.
Nak Skor MUET, Macam Mana?
Guna eBook atau modul latihan – Contohnya, eBook “Panduan Lulus MUET Dengan Cemerlang” juga sesuai untuk calon MUET kerana ia bantu bina keyakinan dan ayat-ayat praktikal.
Faham format – Jangan masuk dewan tanpa tahu struktur soalan.
Latih speaking dengan kawan – Buat roleplay, rakam suara, dan semak sebutan.
Baca artikel & berita dalam English – Tingkatkan vocab dan pemahaman.
Tulis esei pendek setiap minggu – Latih struktur ayat dan idea.
Siapa Perlu Ambil MUET?
MUET wajib untuk:
- Calon yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah di IPTA
- Calon STPM, Matrikulasi, Asasi
- Calon UPUOnline
- Individu yang ingin naik pangkat dalam sektor awam (tertakluk kepada skim perkhidmatan)
MUET juga sesuai untuk mereka yang ingin menilai tahap penguasaan Bahasa Inggeris secara formal.
Soalan Lazim (FAQ) Mengenai Pendaftaran MUET
Saya dah ambil MUET tapi nak ulang untuk dapat Band lebih tinggi. Boleh?
Boleh. Tiada had percubaan. Pilih sesi yang sesuai dan daftar semula.
Saya calon persendirian. Boleh pilih pusat ujian sendiri?
Ya, korang boleh pilih pusat yang masih ada kekosongan semasa daftar.
Slip daftar MUET hilang. Macam mana?
Log masuk semula ke portal MUET dan cetak semula slip MUET/D.
MUET Bukan Halangan, Tapi Peluang
MUET bukan sekadar ujian Bahasa Inggeris. Ia adalah peluang untuk buktikan yang korang bersedia ke peringkat seterusnya. Sama ada dalam akademik atau kerjaya. Dengan persediaan yang betul, MUET boleh jadi pengalaman yang menyeronokkan dan membina keyakinan.
Jadi, jangan tunggu saat akhir. Daftar awal, buat latihan, dan bina momentum. Dan kalau korang perlukan bahan bantu belajar, skrip speaking, atau latihan writing, eBook “Panduan Lulus MUET Dengan Cemerlang” di bawah boleh jadi rakan belajar korang. Siapa kata belajar English kena stres?
Sumber Latihan & Rujukan
Korang boleh dapatkan eBook atau modul khas di bawah yang menyediakan nota dan latihan mengikut format MUET terkini. Sesuai untuk calon MUET biasa dan calon MUET on Demand.
Penutup
Ada satu benda yang ramai orang tak tahu sangat tapi sebenarnya sangat berguna, namanya MUET MOD..
Selain itu, korang juga boleh baca pengalaman kawan-kawan korang yg dah lalui paper Speaking di post Pengalaman MUET Speaking ni.
Bagi yg masih lagi blurr dan masih lagi tak tahu format peperiksaan MUET, korang kena baca format dan contoh soalan MUET Speaking 2025 ni.
Komponen MUET Listening Test memainkan peranan besar. Ujian ini direka bukan sekadar untuk menguji pendengaran, tetapi untuk menilai keupayaan calon menafsir maklumat.
Kalau ada satu soalan yang selalu buat calon MUET garu kepala sambil scroll TikTok dalam hati, mesti soalan ni: “LULUS MUET BAND BERAPA?”. Nak tahu jawapannya?
Kali ini, korang akan belajar MUET reading tips yang merangkumi strategi praktikal dan teknik membaca yang berkesan..